CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

SMK TAMAN KENARI

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari menjadi sekolah cemerlang dalam daerah Kulim Bandar Baharu 2015



MISI

Visi SMK Taman Kenari direalisasikan melalui misi seperti berikut:

  • Untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui pengurusan berkualiti
  • Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum  melalui pendidikan yang berkualiti
  • Untuk membina budaya  sekolah yang melambangkan  pelajar-pelajar yang berdisiplin tinggi dan berakhlak mulia  dengan memupuk semangat perpaduan
  • Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cergas, memiliki daya kepimpinan  yang tinggi dan daya juang yang kuat dalam aktiviti kokurikulum  yang sistematik
  • Untuk mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dengan melengkapkan  prasarana, keceriaan dan kebersihan sekolah
  • Untuk meningkatkan  pemuafakatan  sekolah dengan komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan



FALSAFAH SEKOLAH


Pendidikan SMK  Taman Kenari adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan  pelajar yang beriman, cerdas dan cergas, berpengetahuan luas, berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan, yang mempunyai  semangat perpaduan yang tinggi. Ini selari dengan matlamat pendidikan sekolah menengah yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu  secara seimbang dan bersepadu meliputi  aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia

0 comments:

Post a Comment