VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari
menjadi sekolah cemerlang dalam daerah Kulim Bandar Baharu 2015
MISI
Visi SMK Taman Kenari direalisasikan melalui
misi seperti berikut:
- Untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui pengurusan berkualiti
- Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum melalui pendidikan yang berkualiti
- Untuk membina budaya sekolah yang melambangkan pelajar-pelajar yang berdisiplin tinggi dan berakhlak mulia dengan memupuk semangat perpaduan
- Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cergas, memiliki daya kepimpinan yang tinggi dan daya juang yang kuat dalam aktiviti kokurikulum yang sistematik
- Untuk mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dengan melengkapkan prasarana, keceriaan dan kebersihan sekolah
- Untuk meningkatkan pemuafakatan sekolah dengan komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan
FALSAFAH
SEKOLAH
Pendidikan SMK
Taman Kenari adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang beriman, cerdas dan cergas,
berpengetahuan luas, berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan, yang
mempunyai semangat perpaduan yang
tinggi. Ini selari dengan matlamat pendidikan sekolah menengah yang bertujuan
untuk memperkembangkan potensi individu
secara seimbang dan bersepadu meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia
0 comments:
Post a Comment